Wednesday, May 13, 2020

Duit Raya 2020

Tahun ini walaupun dunia menghadapi pandemik covid-19, namun perayaan Hari Raya Aidilfitri tetap akan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Namun mungkin dengan cara yang berbeza dengan mengamalkan penjarakan sosial. Disebabkan semua rakyat tidak dapat merentas negeri, bahkan sesetengah tempat tidak dapat merentas daerah, saya menjangkakan kunjung mengunjung secara atas talian akan berlaku. Kanak-kanak yang sebelum ini dapat duit raya secara fizikal akan berubah secara alam maya. Jadi, Touch n go sudah pun mengambil inisiatif untuk menghantar duit raya secara pemindahan kredit melalui e-walletnya. 


Bukan sahaja tidak payah kita nak fikir di mana nak tukar duit raya seperti sebelum ini, dengan menambah kredit e-wallet dan transfer sahaja kepada sesiapa yang anda kehendaki. Dalam masa yang terhad ini, setiap pemindahan dapat lagi cashback, terbaik TnGo. Boleh la cuba nanti. 

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin

No comments:

Post a Comment