Saturday, May 9, 2020

3D Design menggunakan Shapr3D apps

Shapr3D adalah apps yang dibangunkan khas untuk iPadOS. Maka, apps ini boleh dilancarkan hanya dengan menggunakan iPad. Terdapat dua jenis versi apps ini iaitu yang percuma dan Pro. Untuk versi percuma beberapa fitur telah dihadkan sebagai pengenalan kepada apps ini. Namun sekiranya berminat dan serius menggunakan apps ini, boleh melanggan versi Pro dengan harga lebih kurang RM1000. Walaubagaimanapun, berita gembira kepada pelajar dan pensyarah yang mempunyai akaun dan email pendidikan boleh memohon versi Pro ini secara PERCUMA!!!!

Saya juga mencuba apps ini dan berpuas hati dengan kemampuan apps ini untuk merekabentuk objek 3D. Jadi saya tunjuk objek yang telah direkabentuk dalam masa 30 minit sahaja. Sangat berpuas hati. 
Tambahan logo dan LED indicator itu nak cepat, jadi edit sendiri menggunakan apps lain iaitu Procreate, tetapi masih lagi menggunakan iPad. Ternyata, sekiranya anda mendapat idea yang spontan, iPad sudah cukup dapat merealisasikan rekabentuk dengan kadar yang segera. 
Satu lagi kelebihan apps ini adalah, apabila sudah siap rekabentuk model, maka boleh 'convert' ke format yang lain seperti stl yang boleh terus digunakan pada pencetak 3D.

Selamat mencuba 👍🏻

No comments:

Post a Comment