Whiteboard animation sering digunakan untuk video animasi yang menarik. Terdapat pelbagai software di pasaran yang dapat membantu penghasilan video menggunakan kaedah ini dengan lebih mudah. Tetapi kebanyakannya software ini berbayar. Jadi di sini saya tunjukkan bagaimana whiteboard animation ini dapat dihasilkan menggunakan animasi yang tersedia di dalam Keynote.
Tahun ini walaupun dunia menghadapi pandemik covid-19, namun perayaan Hari Raya Aidilfitri tetap akan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Namun mungkin dengan cara yang berbeza dengan mengamalkan penjarakan sosial. Disebabkan semua rakyat tidak dapat merentas negeri, bahkan sesetengah tempat tidak dapat merentas daerah, saya menjangkakan kunjung mengunjung secara atas talian akan berlaku. Kanak-kanak yang sebelum ini dapat duit raya secara fizikal akan berubah secara alam maya. Jadi, Touch n go sudah pun mengambil inisiatif untuk menghantar duit raya secara pemindahan kredit melalui e-walletnya.
Bukan sahaja tidak payah kita nak fikir di mana nak tukar duit raya seperti sebelum ini, dengan menambah kredit e-wallet dan transfer sahaja kepada sesiapa yang anda kehendaki. Dalam masa yang terhad ini, setiap pemindahan dapat lagi cashback, terbaik TnGo. Boleh la cuba nanti.
Micro:bit adalah sebuah papan pengawal yang dihasilkan untuk membantu para pelajar melakukan projek elektronik mudah. Ia dilengkapi bluetooth, accelerometer, dan led yang bertindak sebagai paparan.
Video menunjukkan micro:bit junior yang dibeli secara online dari laman web Cytron. Sangat sesuai kepada sesiapa yang baru mula hendak menjinakkan diri dengan projek elektronik. Tetapi sebelum beli, lebih baik daftar dulu sebagai students account di laman web Cytron untuk mendapatkan tawaran yang menarik dari pihak Cytron.
Shapr3D adalah apps yang dibangunkan khas untuk iPadOS. Maka, apps ini boleh dilancarkan hanya dengan menggunakan iPad. Terdapat dua jenis versi apps ini iaitu yang percuma dan Pro. Untuk versi percuma beberapa fitur telah dihadkan sebagai pengenalan kepada apps ini. Namun sekiranya berminat dan serius menggunakan apps ini, boleh melanggan versi Pro dengan harga lebih kurang RM1000. Walaubagaimanapun, berita gembira kepada pelajar dan pensyarah yang mempunyai akaun dan email pendidikan boleh memohon versi Pro ini secara PERCUMA!!!!
Saya juga mencuba apps ini dan berpuas hati dengan kemampuan apps ini untuk merekabentuk objek 3D. Jadi saya tunjuk objek yang telah direkabentuk dalam masa 30 minit sahaja. Sangat berpuas hati.
Tambahan logo dan LED indicator itu nak cepat, jadi edit sendiri menggunakan apps lain iaitu Procreate, tetapi masih lagi menggunakan iPad. Ternyata, sekiranya anda mendapat idea yang spontan, iPad sudah cukup dapat merealisasikan rekabentuk dengan kadar yang segera.
Satu lagi kelebihan apps ini adalah, apabila sudah siap rekabentuk model, maka boleh 'convert' ke format yang lain seperti stl yang boleh terus digunakan pada pencetak 3D.