Monday, December 7, 2020
Friday, October 16, 2020
AutoCAD
In this course, students will be learned about how to design and create technical drawing using computer aided design (CAD) software especially AutoCAD.
AutoCad
How to make Orthographic Drawing
All videos can be watched on my channel playlist
Wednesday, July 15, 2020
Mail merge menggunakan aplikasi shortcut di iPad
Mail merge adalah proses yang terdiri daripada emel dan surat (text) dalam kuantiti yang besar.
Kebiasaannya, dapat dilakukan dengan mudah menggunakan perisian microsoft. Di sini saya tunjukkan bagaimana kita dapat melakukan proses yang sama tetapi dengan menggunakan aplikasi shortcut.
Process flow sangat penting sebelum menghasilkan sebarang shortcut. Fahami dan rancang bagaimana step yang perlu dilakukan dahulu sebelum kita mula membangunkan shortcut. Jadi selamat mencuba. 👍🏻
Wednesday, July 1, 2020
Handoff features in iOS devices
“Handoff features” ini adalah salah satu features yang ditawarkan kepada peranti iOS bagi membolehkan pengguna memindahkan data dan membantu mengoptimumkan penggunaan peranti ke tahap maksimum. Jadi kerja akan menjadi lebih produktif dan pantas, sekiranya tahu caranya.
Tiada masalah lagi bagi pengguna peranti iOS dalam menyiapkan kerja seharian.
Tuesday, June 9, 2020
Bagaimana untuk mengawal dan memantau micro:bit dengan menggunakan telefon
Post kali ini akan menunjukkan bagaimana untuk mengawal dan memantau papan pengawal yang berkuasa ini iaitu Micro:bit. Walaupun ianya kecil, tetapi ia dapat menjalankan pelbagai fungsi yang hebat. Salah satu fungsi yang mudah adalah dengan menghantar data dan menerima data dari telefon dan memaparkannya melalaui LED pada microbit ini.
Micro:bit ini juga dibekalkan dengan apps yang boleh dimuat turun melalui Apps store dan Play Store. Ianya dapat diprogramkan dengan beberapa applikasi sesawang, dan begitu juga bahasa pemprogram seperti Java, Python, C++ dan lain-lain lagi. Jadi papan pengawal ini boleh menjadi salah satu papan yang popular dikalangan penggemar perekabentuk elektronik.
Selamat mencuba !!!
Monday, June 1, 2020
Bagaimana hasilkan nota digital menggunakan applikasi GoodNotes
GoodNotes merupakan apps yang dihasilkan untuk iOS bagi membantu pengguna iPad menghasilkan nota. Ianya adalah satu applikasi berbayar tetapi sangat berbaloi untuk dibeli terutamanya kepada pelajar dan guru yang suka mengambil nota secara digital.
Video ini menunjukkan hanya 12 tips atau cara menggunakan fungsi yang disediakan oleh apps ini. Namun begitu ada banyak lagi fungi yang menarik dapat digunakan dan mesra pengguna. Saya sangat menyarankan agar setiap pelajar mempunyai apps ini bagi membantu menulis dan menyimpan nota secara digital.
Thursday, May 14, 2020
Whiteboard animation menggunakan iPad
Whiteboard animation sering digunakan untuk video animasi yang menarik. Terdapat pelbagai software di pasaran yang dapat membantu penghasilan video menggunakan kaedah ini dengan lebih mudah. Tetapi kebanyakannya software ini berbayar. Jadi di sini saya tunjukkan bagaimana whiteboard animation ini dapat dihasilkan menggunakan animasi yang tersedia di dalam Keynote.
Selamat mencuba!!!
Wednesday, May 13, 2020
Duit Raya 2020
Tahun ini walaupun dunia menghadapi pandemik covid-19, namun perayaan Hari Raya Aidilfitri tetap akan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Namun mungkin dengan cara yang berbeza dengan mengamalkan penjarakan sosial. Disebabkan semua rakyat tidak dapat merentas negeri, bahkan sesetengah tempat tidak dapat merentas daerah, saya menjangkakan kunjung mengunjung secara atas talian akan berlaku. Kanak-kanak yang sebelum ini dapat duit raya secara fizikal akan berubah secara alam maya. Jadi, Touch n go sudah pun mengambil inisiatif untuk menghantar duit raya secara pemindahan kredit melalui e-walletnya.
Bukan sahaja tidak payah kita nak fikir di mana nak tukar duit raya seperti sebelum ini, dengan menambah kredit e-wallet dan transfer sahaja kepada sesiapa yang anda kehendaki. Dalam masa yang terhad ini, setiap pemindahan dapat lagi cashback, terbaik TnGo. Boleh la cuba nanti.
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin
Saturday, May 9, 2020
Micro:bit
Micro:bit adalah sebuah papan pengawal yang dihasilkan untuk membantu para pelajar melakukan projek elektronik mudah. Ia dilengkapi bluetooth, accelerometer, dan led yang bertindak sebagai paparan.
Video menunjukkan micro:bit junior yang dibeli secara online dari laman web Cytron. Sangat sesuai kepada sesiapa yang baru mula hendak menjinakkan diri dengan projek elektronik. Tetapi sebelum beli, lebih baik daftar dulu sebagai students account di laman web Cytron untuk mendapatkan tawaran yang menarik dari pihak Cytron.
3D Design menggunakan Shapr3D apps
Shapr3D adalah apps yang dibangunkan khas untuk iPadOS. Maka, apps ini boleh dilancarkan hanya dengan menggunakan iPad. Terdapat dua jenis versi apps ini iaitu yang percuma dan Pro. Untuk versi percuma beberapa fitur telah dihadkan sebagai pengenalan kepada apps ini. Namun sekiranya berminat dan serius menggunakan apps ini, boleh melanggan versi Pro dengan harga lebih kurang RM1000. Walaubagaimanapun, berita gembira kepada pelajar dan pensyarah yang mempunyai akaun dan email pendidikan boleh memohon versi Pro ini secara PERCUMA!!!!
Saya juga mencuba apps ini dan berpuas hati dengan kemampuan apps ini untuk merekabentuk objek 3D. Jadi saya tunjuk objek yang telah direkabentuk dalam masa 30 minit sahaja. Sangat berpuas hati.
Tambahan logo dan LED indicator itu nak cepat, jadi edit sendiri menggunakan apps lain iaitu Procreate, tetapi masih lagi menggunakan iPad. Ternyata, sekiranya anda mendapat idea yang spontan, iPad sudah cukup dapat merealisasikan rekabentuk dengan kadar yang segera.
Satu lagi kelebihan apps ini adalah, apabila sudah siap rekabentuk model, maka boleh 'convert' ke format yang lain seperti stl yang boleh terus digunakan pada pencetak 3D.
Selamat mencuba 👍🏻
Friday, May 8, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Today, I would like to introduced one chip called as L293D. This is dual DC motor driver connection and used to control for both direction....
-
Module ini menggunakan chip AD8232 yang dapat mengukur electrocardiogram (ECG) jantung menggunakan 3 elektrod. Elektrod ini bersifat "s...