Saya menggunakan iPad untuk menghasilkan nota pengajaran dan kongsikan dengan pelajar sebelum kelas bermula. Jadi ketika kelas dalam talian dijalankan, pelajar terus boleh merujuk nota tersebut sambil menulis maklumat2 penting yang lain. Jadi pelajar tidak perlu lagi menyalin kesemua nota ketika kelas tetapi dapat fokus kepada apa yg dibelajar pada hari tersebut. Applikasi yang terbaik untuk menghasilkan dan mengambil nota adalah Goodnotes dan Notability.
Kelas dalam talian saya menggunakan applikasi Google Meets, jadi ianya boleh merekod keseluruhan kelas berlangsung. Apabila tamat, video tersebut akan disimpan di dalam Google Drive. Jadi saya hanya muat turun dan melakukan sedikit proses editing dengan menggunakan applikasi VN video editor. Applikasi ini adalah percuma dan mesra pengguna.
Pelajar kejuruteraan tidak dapat lari daripada penggunaan perisian untuk lukisan kejuruteraan. Kebiasaanya perisian yang digunakan adalah seperti Solidworks, AutoCad, Catia dan sebagainya. Walaupun ianya sangat profesional untuk lukisan kejuruteraan tetapi hanya terhad kepada PC dan laptop sahaja. Jadi alternatif applikasi di iPad adalah Shapr3d, ianya percuma kepada pelajar dan pengajar dalam bidang pendidikan.
How to get free Shapr3D Pro version using educational account
https://youtu.be/iKUsUOFNFYc
https://youtu.be/iKUsUOFNFYc
Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk belajar untuk menggunakan iPad secara optimum, boleh hubungi saya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment