Tuesday, June 9, 2020

Bagaimana untuk mengawal dan memantau micro:bit dengan menggunakan telefon

Post kali ini akan menunjukkan bagaimana untuk mengawal dan memantau papan pengawal yang berkuasa ini iaitu Micro:bit. Walaupun ianya kecil, tetapi ia dapat menjalankan pelbagai fungsi yang hebat. Salah satu fungsi yang mudah adalah dengan menghantar data dan menerima data dari telefon dan memaparkannya melalaui LED pada microbit ini.


Micro:bit ini juga dibekalkan dengan apps yang boleh dimuat turun melalui Apps store dan Play Store. Ianya dapat diprogramkan dengan beberapa applikasi sesawang, dan begitu juga bahasa pemprogram seperti Java, Python, C++ dan lain-lain lagi. Jadi papan pengawal ini boleh menjadi salah satu papan yang popular dikalangan penggemar perekabentuk elektronik. 

Selamat mencuba !!!

Monday, June 1, 2020

Bagaimana hasilkan nota digital menggunakan applikasi GoodNotes

GoodNotes merupakan apps yang dihasilkan untuk iOS bagi membantu pengguna iPad menghasilkan nota. Ianya adalah satu applikasi berbayar tetapi sangat berbaloi untuk dibeli terutamanya kepada pelajar dan guru yang suka mengambil nota secara digital.


Video ini menunjukkan hanya 12 tips atau cara menggunakan fungsi yang disediakan oleh apps ini. Namun begitu ada banyak lagi fungi yang menarik dapat digunakan dan mesra pengguna. Saya sangat menyarankan agar setiap pelajar mempunyai apps ini bagi membantu menulis dan menyimpan nota secara digital.