Monday, December 7, 2015

Tazkirah_1

Kematian itu datang tanpa diundang. Ia mengambil sesiapa sahaja tanpa berbincang. Si kaya atau miskin bukan ukuran. Orang bawahan ataupun atasan, bukan persoalan.
Bila maut menjemput, tiada lagi pangkat, ataupun harta, ataupun nama, keturunan ataupun anak siapa. Tiada layanan istimewa di sana hanya kerana kedudukan kita di dunia. Hanya amalan soleh sahaja yang berguna.
Segala pujian yang diatur, ataupun hiasan pingat yang diukur, ataupun bunga yang ditabur, jika tiada padanya keredhaan Allah yang hakiki maka ia hanyalah bagaikan debu yang gugur.
Setiap yang mati tiada lagi tercari-cari teman kekasih hati, ataupun ibu, isteri ataupun suami. Kita hanya ketika itu bertanya 'apakah amalanku yang murni lagi diterima Ilahi untuk bekalan di alam yang kekal abadi ini? Ke syurgakah daku ataupun ke neraka yang ngeri? - (DrMAZA.com)


Berterus terang adakalanya menyakitkan walaupun jauh di sudut hati yang diingini hanyalah kasih-sayang.
Silapnya, kata-kata kita sering memukul walaupun jiwa kita ingin merangkul.
Ya Allah, kurniakan aku bicara benar yang tidak membakar! - (Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)